Akaun Emas GAP Public Gold
Selain gold bar dan dinar, Public Gold ada satu lagi produk emas yang menjadi pilihan ramai iaitu akaun emas GAP Public Gold.
Dinar Public Gold ini juga boleh dikeluarkan dari akaun emas GAP.
Konsep Akaun Emas GAP
Konsep Akaun Emas GAP
Konsep akaun emas GAP ini adalah sama seperti akaun bank. Kalau akaun bank, kita simpan duit kita dalam bank dan pada bila-bila masa, kita boleh keluarkan semula duit tersebut dari bank.
Begitu juga dengan akaun emas. Kita simpan emas kita dalam akaun emas Public Gold dan pada bila-bila masa kita boleh keluarkan semula emas tersebut dalam bentuk emas fizikal seperti goldbar dan dinar dengan perkhidmatan GIT Public Gold.
Kalau kita nak jual terus emas dari akaun emas pun boleh. Kita boleh terus jual kepada Public Gold tanpa perlu keluarkan terlebih dahulu emas tersebut. Mudahkan?
Dan lagi satu, apabila kita beli emas GAP Public Gold, kita akan dapat beli 100% emas tanpa sebarang caj tambahan.
Dan saya juga nak bagitahu emas yang disimpan dalam akaun emas GAP Public Gold ini tidak dikenakan caj simpanan. Ianya adalah percuma dan amat sesuai untuk orang yang macam kita untuk menyimpan emas.
Gais!
v Siapa yang tak nak untung kan? Jadi boleh gunakan akaun emas GAP Public Gold ini sebagai salah satu platform anda untuk menyimpan emas.
Dinar Public Gold ini juga boleh dikeluarkan dari akaun emas GAP.
Kelebihan Akaun Emas GAP
- Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (contoh: RM100 setiap bulan).
- Sesuai untuk penyimpan yang tidak berani menyimpan sendiri.
- Tiada had umur, akaun untuk anak-anak boleh dibuka pada seawal kelahiran. Yang penting, dah ada nombor MyKID.
- Boleh jual/beli secara atas talian di mana-mana sahaja.
- Simpan emas secara percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.
- Boleh menebus emas fizikal secara fleksibel, serendah 1 gram.
- Akaun GAP disahkan patuh syariah dan ianya dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.
- Penyimpan boleh membuat pajakan emas GAP Ar-Rahnu secara atas talian bila-bila masa dan di mana sahaja jika memerlukan wang dengan segera.
