Cara Jadi Dealer Public Gold
Dealer-dealer Public Gold di Award Recognition Night 2023.
Jana pendapatan sampingan dengan menjadi dealer Public Gold hari ini!
Antara kelebihan menjadi dealer Public Gold ialah peluang untuk memperoleh insentif daripada pembelian emas. Menariknya, sebagai dealer Public Gold, kita bukan sahaja boleh menjana keuntungan ketika harga emas meningkat, tetapi juga ketika harga emas menurun.
Bagaimana caranya?
Apabila harga emas menurun, lebih ramai orang akan mula membeli emas kerana ia adalah masa terbaik untuk menyimpan emas pada harga yang lebih rendah. Sebagai dealer Public Gold, kita boleh memaklumkan kepada pelanggan dan orang ramai mengenai peluang ini dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah bijak dengan membeli emas.
Setiap kali pelanggan membeli emas, kita akan menerima insentif daripada pembelian tersebut. Lebih ramai pelanggan yang membeli, lebih tinggi jumlah insentif yang kita peroleh.
Insentif salah seorang dealer Public Gold
Macam mana nak jadi dealer?
Tiada yuran dikenakan untuk jadi dealer. Sebaliknya status ‘Dealer Public Gold’ diberikan percuma apabila kita mencukupi syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Normal Dealer – Buat pembelian 200 gram emas dalam 1 resit.
- Priority Dealer – Buat pembelian 500 gram emas dalam 1 resit.
- Master Dealer – Daftarkan 300 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dan penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM300,000 dalam tempoh 12 bulan ke belakang.
Mahal?! Jangan risau. Public Gold selalu buat promosi dealership dengan harga yang sangat rendah. Cuma nak tak nak je kita grab peluang tersebut.
Saya sendiri pun jadi Priority Dealer apabila saya grab promosi dengan buat pembelian emas sebanyak RM5,000 pada tahun 2020 yang lalu. Selesai je buat pembelian emas beserta Wealth Card RM200 (ada 0.5 gram emas di dalamnya), terus saya jadi Priority Dealer Public Gold dan kini bergelar Master Dealer Public Gold selepas berjaya capai lebih 300 orang customer beserta sales RM300,000.
Tetapi suka saya ingatkan, jadi dealer ini bukan sekadar nak dapatkan insentif je. Ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan iaitu kena guide dan bantu customer untuk kenal Public Gold dan berurusan dengan Public Gold. Tak boleh lepas tangan macam tu je. Kesian customer.
Wealth Card Cape Town – Design 2024/2025
Kenapa kena jadi dealer Public Gold dengan saya?
Saya merupakan Star Founder Master Dealer Public Gold yang mempunyai lebih dari 50 orang dealer di bawah bimbingan saya dan berpengalaman membantu lebih dari 1,000 orang customer Public Gold.
Saya juga aktif dalam group dealer PG1M yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim, dalam memberikan training kepada dealer-dealer Public Gold untuk menambahbaik bisnes mereka dalam Public Gold.
Dengan jadi dealer bersama saya, anda akan dapat bimbingan, akses ke nota-nota dan rahsia lubuk bisnes Public Gold, dan dapat ikuti training-training yang dianjurkan oleh PG1M.
Tak tahu macam mana nak mula?
Boleh WhatsApp saya untuk saya bantu guide anda. Saya dulu pun sama seperti anda. Memang tak tahu langsung apa benda la Public Gold ni.
Tetapi dengan bantuan dan sokongan dari group Public Gold, alhamdulillah saya dapat kecapi satu per satu kejayaan dalam Public Gold.
Pastikan juga anda follow channel Telegram saya untuk dapatkan promosi dealership Public Gold yang terkini.
