Dinar Public Gold

Selain goldbar dan akaun emas, Public Gold juga mempunyai satu lagi item iaitu dinar emas.

Bagi anda yang pertama kali dengar tentang 1 dinar mesti menganggap 1 dinar ni bersamaan dengan 1 gram emas kan?
Tetapi yang sebenarnya emas 1 dinar ni mempunyai berat 4.25 gram dan ianya berbentuk bulat seperti duit syiling.
Persamaan dengan goldbar Public Gold adalah dinar emas ini mempunyai ketulenan emas 999.
Berikut merupakan pilihan dinar keluaran Public Gold.
  • 1/4 Dinar – 1.0625 gram ✅
  • 1/2 Dinar – 2.125 gram ✅
  • 1 Dinar – 4.25 gram ✅
  • 5 Dinar – 21.25 gram
  • 10 Dinar – 42.5 gram
Dinar Public Gold boleh dibeli secara outright purchase, easy payment purchase (EPP) ataupun keluarkan dari akaun emas GAP Public Gold. Pastikan anda semak harga emas Public Gold terlebih dahulu sebelum buat pembelian.
Dinar emas Public Gold edisi baharu
Yang sebelah kiri edisi baharu. Yang sebelah kanan adalah dinar Public Gold edisi lama.

Keluarkan Dinar dari GAP Public Gold

Ketika artikel ini ditulis, saya tengah usaha untuk kumpul 5 dan 10 dinar. Saya cadang nak keluarkan dari akaun emas GAP Public Gold sebab lebih mudah dan jimat. Jadi sekarang ni saya tengah kumpul emas sikit-sikit dalam akaun emas.
Nanti bila dah cukup berat 22.25 gram dalam akaun emas, barulah saya keluarkan 5 dinar dan minta Public Gold untuk hantar emas saya ke rumah menggunakan perkhidmatan Gold In Transit.
Tetapi kenapa mesti kumpul sampai 22.25 gram baru boleh nak pos ke rumah? Bukan ke berat 5 dinar adalah 21.25 gram je?
Jawapannya adalah kita kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram sebagai baki minima akaun emas GAP. Kita tak boleh keluarkan semua. Kena tinggalkan sekurang-kurang 1 gram dalam akaun.
Jadi sebab itu saya kena ada sekurang-kurangnya 22.25 gram dalam akaun emas GAP saya.

Kelebihan Dinar Emas Public Gold

Kenapa pilih dinar? Kenapa bukan goldbar? Mungkin ada yang tanya.
Kalau nak tahu, apabila kita simpan cukup 20 dinar, kita dah pun layak untuk bayar zakat simpanan emas. 20 dinar bersamaan dengan 85 gram. Dan apabila simpanan emas kita cukup 20 dinar (atau 85 gram) dalam setahun, boleh dah la kita bayar zakat.
Selain dari itu, ada orang menggunakan dinar sebagai hadiah sebagai mas kahwin sebab bentuknya bulat, cantik dan kemas. Memang nampak sebiji seperti duit syiling. Maka ramai orang yang menjadikan dinar emas ini sebagai mas kahwin atau hantaran mereka.
Antara artis yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin adalah Dato’ M Nasir yang menghadiahkan kepada isterinya 13 dinar pada tahun 2000. Pada waktu itu nilai emas 13 dinar bersamaan dengan RM2,000. Agak-agak berapa harga nilai 13 dinar tu sekarang?
Kiraan mudah, kita ambil harga 1 gram bersamaan dengan RM 310 didarabkan dengan 13 dinar dan 4.25 gram. Maka jumlah nilai dinar tersebut adalah RM 17,127.50,!
Ya! RM 17,127.50!
Sedangkan pada tahun 2000 dulu, nilainya hanyalah RM 2,000 sahaja. Peningkatan sebanyak 756% dalam tempoh 23 tahun!
Nampak kemas apabila dapat simpan dinar dalam album emas

Perkongsian En Syukor Hashim di Facebook tentang dinar Public Gold yang telah dikopek

Dinar Public Gold design baharu

Baru-baru ini, Public Gold telah mengeluarkan edisi dinar dengan reka bentuk yang baharu. Reka bentuk kali ini lebih menarik dan moden kerana ia berwarna hijau dan dilaminasi dalam bentuk kad.
Oleh itu, kita boleh menyimpan dinar ini dalam album kad dan menyusunnya dengan kemas bersama gold bar 1 gram yang lain.
Namun, kita tidak boleh memegang dan merasai dinar emas itu di tangan. Terpaksa juga buka dan kopek laminasi kad tersebut.
Tapi jangan risau, Public Gold masih menerima dinar tersebut jika kita ingin menjualnya semula. Mereka tetap akan menerima dinar itu walaupun dalam keadaan kemik, calar, atau bengkok.

Cara beli dinar Public Gold

Sebelum dapat beli dinar, kena daftar dulu akaun Public Gold secara percuma. Selepas daftar, baru boleh beli dinar Public Gold secara terus, ansuran atau keluarkan dari akaun emas GAP.
Kalau tak tahu cara mula dalam simpanan emas Public Gold, boleh WhatsApp saya untuk bantuan. InsyaAllah saya akan bantu sebaik mungkin.
Dan pastikan anda meletakkan target dinar Public Gold sebagai salah satu item wajib ada dalam koleksi simpanan emas anda. 😃