Kelebihan Dealer Public Gold

Antara kelebihan dealer Public Gold adalah trip percutian ke luar negara

Ramai dealer Public Gold kini berjaya menjana pendapatan bulanan antara 4 hingga 5 angka dengan mudah. Hanya dengan santai berkongsi tentang kelebihan emas, mereka mampu memperoleh pendapatan ini secara konsisten setiap bulan.
Bagaimana mereka berjaya menjana pendapatan sebanyak itu? Apakah keistimewaan menjadi dealer Public Gold?
Berikut adalah kelebihan yang anda akan nikmati apabila menjadi dealer Public Gold.

1. Insentif Belian Sendiri

Dengan menjadi dealer Public Gold, kita boleh dapat insentif sebanyak 1% hingga 1.5% dari setiap belian sendiri. Ini bermakna, apabila kita beli emas sebanyak RM1,000, kita akan dapat sebanyak RM10 atau RM15 insentif bergantung pada level dealership kita.
Untuk pengetahuan, Public Gold mempunyai tiga jenis level dealer iaitu:
  1. Normal Dealer – 1% insentif
  2. Priority Dealer – 1.5% insentif
  3. Master Dealer – 2% insentif (perlu mempunyai sekurang-kurangnya 300 orang customer dan RM300,000 personal sales)
Jadi insentif yang kita dapat bergantung pada level-level dealer ini.
Status dealership Public Gold dan jumlah belian emas yang berkaitan jika bukan promosi

2. Insentif Belian Pelanggan

Jika kita hanya bergantung pada insentif daripada belian sendiri, memang agak sukar untuk menjana pendapatan sebanyak 4 hingga 5 angka setiap bulan. Oleh itu, kebanyakan dealer memilih untuk berkongsi tentang manfaat menyimpan emas dan mendidik orang ramai mengenai kepentingan pelaburan emas.
Untuk setiap pembelian oleh pelanggan yang telah kita daftarkan, kita akan menerima insentif sebanyak 1% hingga 1.5% daripada jumlah belian mereka. Ini bermakna, lebih ramai pelanggan yang kita miliki, lebih banyak insentif yang akan kita peroleh.
Sebagai contoh, jika kita mempunyai 100 pelanggan dan setiap pelanggan membeli emas bernilai RM1,000, jumlah keseluruhan belian adalah RM100,000.
1% daripada RM100,000 ialah RM1,000. Jadi, pada bulan tersebut, kita sudah pun berjaya menjana pendapatan 4 angka sebagai dealer Public Gold.
Secara matematik, pengiraannya memang mudah. Namun, cabarannya terletak pada usaha untuk mendapatkan pelanggan. Selagi kita tidak mempunyai pelanggan, kita hanya akan menerima insentif daripada belian sendiri.
Itu pun jika kita membeli emas pada bulan tersebut. Jika tiada pembelian, maka tiada insentif untuk bulan itu.
Tapi jangan risau! Apabila anda menjadi dealer bersama saya, saya akan membimbing anda untuk mendapatkan pelanggan. Saya juga akan menjemput anda menyertai sesi perkongsian daripada dealer-dealer Public Gold yang telah berjaya.
Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mereka dan mula membina empayar emas Public Gold anda sendiri.

3. Insentif Belian Balik

Satu lagi kelebihan yang menarik ialah insentif daripada belian balik.
Apabila kita atau pelanggan kita menjual semula emas kepada Public Gold, syarikat akan membelinya dan memberikan insentif sebanyak 0.3% kepada kita. Walaupun jumlahnya tidak besar, ia tetap boleh menjadi pendapatan sampingan yang bermanfaat.
Antara soalan yang sering diajukan kepada saya ialah:

Wajib ke cari orang kalau jadi dealer?

Jawapannya, tidak wajib. Terpulang kepada kita. Ada ramai dealer saya yang tidak fokus kepada mencari pelanggan. Mereka lebih memilih untuk mendapatkan insentif daripada pembelian mereka sendiri.
Menariknya, apabila kita menjadi dealer, status itu kekal selamanya. Jadi, apabila kita sudah bersedia untuk mencari pelanggan dan membesarkan empayar, kita boleh mula berkongsi tentang emas dan mendidik orang ramai mengenai kepentingan menyimpan emas.

Berminat nak jadi dealer Public Gold?

Boleh terus hubungi saya atau baca artikel ini untuk maklumat lanjut.