Soalan-Soalan Lazim

Edisi Kemaskini Tahun 2023

Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% – 5% setahun.

Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walauapapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.
Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.
Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.
Kalau beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar (berketulenan 999.9) lebih menguntungkan.
Harga per gram lebih murah sekitar 15% berbanding barang kemas, spread (‘susut nilai’) juga jauh lebih rendah (kurang dari 10%).
Barang kemas tak sesuai untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Ia cuma sesuai untuk perhiasan.
Harganya lebih mahal, dikenakan caj upah tukang, dan spreadnya sangat tinggi (sekitar 25% – 40%). Ia merugikan.
Sama sahaja antara gold bar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread (‘susut nilai’) sama, ketulenan pun sama (ketulenan 999.9).
Bezanya cuma bentuk bulat & segi empat saja. 1 dinar beratnya 4.25 gram.
Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.
Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudah pun jadi sejarah.
Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.
Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark harga.
Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.
Daftar akaun Public Gold adalah percuma. Klik butang di bawah untuk pendaftaran.
Setelah berjaya daftar, download aplikasi Public Gold di bawah untuk buat pembelian dengan cara yang lebih mudah.
Contact saya jika ada sebarang persoalan dan nak join support group penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Dengan Public Gold, boleh mula menabung emas dengan bajet serendah RM100 melalui akaun emas GAP. Dan boleh tambah tabungan pada bila-bila masa dengan bajet RM100 setiap kali belian.
Tidak ada syarat wajib kena beli setiap bulan. So terpulang pada anda.
Item paling kecil boleh dikeluarkan dari akaun emas GAP ialah goldbar 1 gram (berketulenan 999.9) pelbagai design.

Dinar Public Gold ini juga boleh dikeluarkan dari akaun emas GAP.

Simpanan emas terbaik ialah emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri. Ia lebih terjamin.
Cuma untuk pastikan kita menabung secara konsisten, saya lebih suka akaun emas GAP. Ia lebih mudah dan lebih fleksibel.
Akaun emas GAP juga adalah emas fizikal. Kita boleh menabung dengan bajet serendah RM100.
Bila dah cukup gram emas dan nak keluarkan emas fizikal untuk simpan sendiri, boleh minta Public Gold poskan pada bila-bila masa.
Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar Hijrah).
Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing).
Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat boleh rujuk di https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas.
Public Gold tak terima belian secara walk-in.
Untuk keselesaan hampir 1 juta pelanggan, branch Public Gold hanya berikan servis untuk pelanggan yang nak collect item emas bersaiz besar (yang tidak boleh dihantar melalui GIT i.e. pos berinsuran), iaitu item 50 gram / 10 dinar (42.5 gram) ke atas.
Untuk datang collect emas, kena order, buat pembayaran, dan appointment terlebih dahulu.
Untuk item kecil (item 5 dinar / 20 gram ke bawah), Public Gold akan pos terus dari HQ di Pulau Pinang dengan menggunakan servis Gold-in-Transit (GIT).
Untuk pembelian emas Public Gold, ikut panduan Cara Mulakan Simpanan Emas Public Gold.
Ahli waris kena datang ke branch Public Gold terdekat, serahkan dokumen berikut:
  • Surat kematian
  • Surat kuasa pentadbir harta pusaka dari mahkamah
  • IC pewaris
  • Surat pengesahan hubungan dengan si mati i.e. Sijil Nikah, Sijil Kelahiran
Public Gold ikut prosedur biasa urus harta si mati, sama macam duit dalam akaun bank.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya atau terus hantarkan melalui WhatsApp.